Garis masa Krisis_Tebusan_Korea_Selatan_2007

  • Pada 20 Julai pihak Taliban menuntut pengunduran segala tentera Korea Selatan dari Afghanistan dalam masa 24 jam serta pembebasan kesemua tahanan berpihak Taliban oleh presiden Afghanistan Hamid Karzai.
  • Pada 21 Juali presiden Korea Selatan Roh Moo-hyun berucap dalam siaran televisyen untuk mengumumkan kejadian penculikan ini. Pihak Taliban meringankan tuntuannya menjadi 23 orang tahanan Taliban ditukar untuk nyawa para tebusan.
  • Pada 24 Julai pihak Taliban menuntut sejumlah $100,000 sebagai pertukaran untuk hak menelefon para tebusan, namun kerajaan Korea Selatan menolaknya.
  • Pada 25 Julai salah seorang daripada para tebusan itu dibunuh. Kementerian luar negeri Korea Selatan mengenal pasti mangsa itu sebagai paderi berusia 42 tahun bernama Bae Hyeong-gyu, iaitu ketua rombongan mubaligh.[10]
  • Pada 30 Julai pihak Taliban melanjutkan tarikh akhir untuk kali yang ke-7 lebih 4 jam kepada 1130 GMT untuk memberi lebih masa kepada para pegawai Afghanistan untuk berunding.[12] Seorang jurucakap Taliban kemudian mengakui bahawa seorang lagi tebusan lelaki ditembak mati kerana kerajaan tidak memenuhi kehendak pihak ekstremis tersebut.[13][14] Ini kemudiannya disahkan apabila mayat Shim Seong-min, 29, ditemui di kampung Arzoo (50 batu daripada tempat kejadian penculikan).[15]
  • Pada 1 Ogos 1200 GMT, berlalunya satu lagi tarikh akhir, "tanpa sebarang kata bahawa mana-mana tebusan telah dibunuh, sementara gabenor tempatan menyatakan bahawa militan Taliban telah bersetuju untuk menghadiri pertemuan bersemuka seperti yang diminta duta Korea Selatan".[17] Korea Utara turut menggesa pembebasan para tebusan.[18]
  • Pada 2 Ogos 1200 GMT, perunding tebusan Korea bersetuju dengan perbincangan secara langsung dengan penculik Taliban di Afghanistan.[19]
  • Pada 10 Ogos, 1600 GMT, pihak Taliban memulakan pusingan pertama perbincangan bersemuka dengan sepasukan Korea Selatan mengenai para tebusan. Perbincangan ini diadakan dalam sebuah tempat di bawah kawalan kerajaan Afghanistan di wilayah Ghazni.[20] Dua orang pemimpin tertinggi Taliban dan orang pegawai Korea Selatan bertemu di pejabat Palang Merah Afghanistan di Ghazni, beserta empat orang ahli Palang Merah antarabangsa.[21]
  • Pada 13 Ogos, dua orang tebusan wanita dibebaskan sebagai tanda muhibah.[22] Pihak Taliban mula-mulanya berputus untuk membebaskan Lee Ji-yeong, tetapi dia membenarkan seorang tebusan lain untuk mengambil alih tempatnya.[23]
  • Pada 18 Ogos, pihak Taliban mengumumkan kegagalan rundingan dengan pihak Korea Selatan dan juga bahawa mereka sedang mempertimbangkan nasib tebusan-tebusan yang tinggal.
  • Pada 28 Ogos, satu kejayaan besar dalam rundingan diumumkan apabila pihak Taliban bersetuju untuk membebaskan tebusan-tebusan yang tinggal dengan syarat bahawa Korea Selatan mengundurkan 200 orang tentera tidak bertempur dalam tahun ini serta menggantung tugas mubaligh di Afghanistan. Indonesia memainkan peranan sebagai pihak Islam yang neutral dalam rundingan ini.
  • Pada 29 Ogos, sejumlah 12 orang tebusan dibebaskan.[24]
  • Pada 30 Ogos, tujuh orang tebusan yang tinggal dibebaskan, lalu menamatkan krisis ini.

Rujukan

WikiPedia: Krisis_Tebusan_Korea_Selatan_2007 http://www.cbc.ca/world/story/2007/08/31/korean-ho... http://www.boston.com/news/world/asia/articles/200... http://cbs4.com/national/topstories_story_21009362... http://cbs4.com/national/topstories_story_21308300... http://english.chosun.com/w21data/html/news/200708... http://english.chosun.com/w21data/html/news/200708... http://edition.cnn.com/2007/WORLD/asiapcf/07/29/af... http://www.donga.com/ http://www.iht.com/articles/ap/2007/08/01/asia/AS-... http://fr.jpost.com/servlet/Satellite?cid=11857897...